KURSUS-KURSUS

Sektor Teknologi Maklumat


Kursus ini mendedahkan pelatih dalam aspek teori dan amali yang menumpukan pembentukan pengetahuan serta kemahiran teknikal dalam teknologi sistem komputer. Selain daripada itu, pelatih akan didedahkan kepada kemahiran perkakasan rangkaian, perisian rangkaian serta pengurusan perolehan teknologi komputer, pengurusan data berpusat dan rangkaian tahap tinggi serta pembangunan dan pengurusan sistem berasaskan web. Di penghujung kursus, pelatih mesti boleh membina projek akhir berasaskan sistem komputer dan mahir dalam pengurusan dokumen teknikal berkaitan projek. Pelatih juga diwajibkan menjalani Latihan Industri selama 6 bulan. Kursus ini sesuai untuk individu yang berminat dalam bidang teknologi komputer dan berfikiran kritikal.


Tahap Pembelajaran


IT-020-4:2013 (Tahap 4) – Pentadbiran Sistem Komputer


Syarat Kemasukan


Mempunyai SKM IT-020-3:2013 (Tahap 3)


Tamat Tahap 3


SPM/SPMV


Warganegara Malaysia


17 tahun dan ke atas


Tempoh


IT-020-4:2013 (Tahap 4) – 12 + 6 Bulan (Latihan Industri)

PERTANYAAN
MOHON KURSUS INI

PELUANG KERJAYA

Graduan yang telah tamat boleh menceburi pelbagai jawatan berikut di sektor awam dan swasta.

>> Pembantu Jurutera

>> Penyelia Komputer

>> Usahawan IT/ Kafe Siber.

>> Eksekutif Teknologi Maklumat    

>> Pegawai Tadbir / Pembantu Tadbir

>> Pegawai Pemasaran ICT

>> Pegawai Teknologi Maklumat

>> Pegawai Khidmat Sokongan Teknikal

>> Juruteknik Komputer (FT17, FT22, FT26)

>> Tenaga Pengajar di institusi kemahiran vokasional sekiranya melanjutkan pengajian.