Sektor Tekstil & Pakaian
Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai rekaan fesyen pembuatan pakaian wanita terkini. Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen, pelajar akan mengadakan pertunjukan fesyen sebagai salah satu cara untuk menonjolkan bakat mereka di dalam menguasai dunia rekaan fesyen. Pelajar diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini.
Tahap Pembelajaran
TA-011-1:2012 (Tahap 1) – Pembuatan Pakaian Wanita
Syarat Kemasukan
TA-011-1:2012 (Tahap 1) – Pembuatan Pakaian Wanita
SPM/SPMV
Warganegara Malaysia
17 tahun dan ke atas
Tempoh
TA-011-1:2012 (Tahap 1) – 6 Bulan
PELUANG KERJAYA
Pelajar yang telah tamat pengajian di dalam Sektor Tekstil & Pakaian berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya seperti berikut:
>> Usahawan butik jahitan.
>> Tenaga pengajar di institusi kemahiran dan vokasional jika melanjutkan pengajian.
>> Terlibat dalam rekaan dan pemilihan kostum majalah & televisyen.
>> Terlibat dalam industri import pakaian ke luar negara.
>> Menjadi pembekal pakaian seragam atau sekolah.
>> Membuka akademi / kelas jahitan persendirian.
>> Penyelia di kilang-kilang menjahit pakaian.
>> Menjadi tukang jahit di butik jahitan.
>> Menjadi pereka fesyen.