Sektor Penyamanan Udara
Kursus ini merangkumi aspek-aspek yang berbeza, termasuk keselamatan, bahan pendingin, kipas pengudaraan dan mengenali unit penyamanan udara jenis window dan split. Kursus ini juga merangkumi aspek penyeliaan perkhidmatan dan pengurusan perhubungan pelanggan.
Tahap Pembelajaran
ME-020-3:2012 (Tahap 3) – Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC
Syarat Kemasukan
Mempunyai/Lulus Tahap 2 (ME-020-2:2012)
Tempoh
12 Bulan
PELUANG KERJAYA
Pelajar yang telah tamat pengajian di dalam Sektor Penyamanan Udara berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya seperti berikut:
>> Juruteknik sistem penyamanan udara.
>> Tenaga pengajar di institusi kemahiran dan vokasional jika melanjutkan pengajian.
>> Perekacipta inovatif set penyamanan udara jika mempunyai daya inovasi dan kreativiti yang tinggi.
>> Pakar jualan alatan penyamanan udara.
>> Membuka kedai membaiki alat penyamanan udara.
>> Penyelia fasiliti di sektor awam dan swasta.