PELUANG KERJAYA

PERMOHONAN PELAJAR INDUSTRI

INPENS International College adalah sebuah kolej di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor yang menjalankan kursus-kursus Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. INPENS berbesar hati mempelawa pelajar Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) untuk menjalani Program Latihan Industri di INPENS International College, Kuala Selangor dalam bidang pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran/ Pengurusan/ Perniagaan/ Perakaunan
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pentadbiran Sistem Komputer


Syarat-Syarat Umum

  1. Lelaki atau perempuan
  2. Warganegara Malaysia
  3. Mempunyai tahap kesihatan yang baik

Manfaat

  1. Kemudahan asrama disediakan
  2. Makan tengahari disediakan

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan untuk menjalani program latihan industri di INPENS International College adalah :

  1. Surat Permohonan Mengikuti Program Latihan Industri daripada institut pengajian; dan
  2. Resume.

Alamat Surat-Menyurat

Jabatan Sumber Manusia
INPENS International College
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor
SELANGOR


Pegawai untuk dihubungi
Sebarang persoalan berhubung permohonan ini boleh dirujuk kepada pegawai berikut:

Puan Noridah binti Ismail
Pemangku Pengurus Sumber Manusia
Jabatan Sumber Manusia
E-mel : noridah@inpens.edu.my
Tel : 03-32812619/2617/2621 - samb. 230 Faks : 03-32812627


Jika berminat, emelkan permohonan anda ke noridah@inpens.edu.my/ nafisah@inpens.edu.my