Info INPENS

Info INPENS

INPENS adalah akronim untuk Industri Pendidikan Negeri Selangor (Selangor Education Industry). INPENS International College adalah sebuah Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah naungan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Kolej ini ditubuhkan pada 8 Jun 1993 dan utama INPENS terletak di Kuala Selangor. Kampus ini telah dilengkapi dengan pelbagai prasarana terkini untuk proses pembelajaran yang lebih efektif. Pada masa ini, INPENS telah merancang pelbagai program dan latihan kemahiran dengan tujuan untuk melahirkan graduan kemahiran yang berdaya saing di peringkat global.

Pada Mac 2006, INPENS bergerak maju ke hadapan dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada program kemahiran vokasional dan berpacukan industri. Program ini menyediakan pelajar dengan kemahiran vokasional berasaskan National Occupational Skill Standards (NOSS) dan diperakui oleh Kementerian Sumber Manusia dan juga dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Jabatan Pembangunan Kemahiran yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) adalah satu agensi yang berada di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab untuk penyelarasan dan kawalan mutu latihan dalam pendidikan kemahiran serta pembangunan kerjaya.

Pelajar yang mendaftarkan diri dalam kursus-kursus yang ditawarkan akan mendapat pendidikan yang berkualiti berasaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran industri di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus akan dianugerahkan dengan dua persijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada Kementerian Sumber Manusia dan Sijil Kemahiran INPENS.



Mengapa INPENS adalah pilihan yang terbaik?

- Persijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) MALAYSIA.
- Tenaga Pengajar (Instruktor) yang berkelayakan.
- Peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
- Kerjasama teknikal dengan pelbagai industri besar dan sederhana.
- Hubungan korporat dengan agensi-agensi kerja dalam sektor kerajaan dan swasta untuk menawarkan latihan dan peluang pekerjaan dalam industri.