KATA-KATA KETUA EKSEKUTIF

 

PERUTUSAN KETUA EKSEKUTIF

 

INPENS merupakan pusat pengajian sulung yang dibangunkan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1993. Menjelang 24 tahun penubuhannya, INPENS kini komited melahirkan tenaga mahir bagi menampung permintaan pasaran kerja daripada pelbagai industri kemahiran ataupun bergelar usahawan kemahiran yang kompetitif. Menawarkan sepuluh bidang pengajian kemahiran berimpak tinggi, INPENS sememangnya pilihan yang tepat kepada belia yang dahagakan ilmu kemahiran.

Seiring dengan ledakan aura teknologi maklumat di era ini, INPENS telah mewujudkan laman web rasmi ini bagi menularkan maklumat dan peranannya untuk memberdaya belia yang berkemahiran, berkarakter, berketrampilan, berinovasi serta mampu bersaing di peringkat nasional mahupun global. Di INPENS, kami percaya “Kemahiran adalah untuk semua”, ilmu ini tidak terhad kepada mana-mana golongan. Stigma pendidikan kemahiran sebagai pilihan kedua adalah tidak tepat sama sekali kerana dalam usaha membina negara maju berpendapatan tinggi, ilmu kemahiran merupakan elemen penting yang perlu segera diberdayakan. Usah menoleh lagi, inilah masanya kita merubah diri dan negara ini. Ayuh, “Cemerlang Bersama INPENS”!

 

Sekian.

 

 

Ahmad Zabri bin Mohd Yaman

Ketua Eksekutif

INPENS International College.