Sukacita dimaklumkan INPENS International College menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo 25 Tahun Jubli Perak.

Tarikh Tutup   : 1 September 2017
Penyertaan     : Terbuka Kepada Seluruh Warganegara Malaysia
 
MUAT TURUN SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN

SYARAT PERTANDINGAN
1.   Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 50 tahun.
2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya SATU logo akan dipilih sebagai pemenang.
3. Semua ciptaan hendaklah ASLI (tidak dicedok / ditiru / diciplak) dari mana-mana logo tempatan mahupun luar negara.
4. Pihak INPENS International College tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan daripada pihak ketiga ke atas mana-mana pelanggaran hakcipta logo, nama dan signature dan paten logo tersebut.
5. Reka bentuk logo mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung kepada mana-mana pihak.
6. Reka bentuk yang dihasilkan hendaklah menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih dan dilekatkan di atas kertas tebal berwarna hitam (mounting board).
7. Cadangan reka bentuk logo boleh dibuat dengan menggunakan grafik komputer mengikut format vektor (AI atau EPS sahaja).
8. Setiap penyertaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk ‘soft copy’ (CD) dan juga ‘hard copy’.
9. Logo yang direka hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya DUA warna tetapi tidak melebihi LIMA warna.
10. Logo yang direka mestilah bercirikan:
  • Sambutan Ulang Tahun ke-25 INPENS
  • Moden dan fururistik serta menggambarkan pendidikan kemahiran dan teknikal sebagai fokus utama INPENS International College.
11. Peserta hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan secara padat dan ringkas.
12. Tandatangan serta nombor kad pengenalan hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing (nama tidak perlu dinyatakan).
13.        Cadangan logo hendaklah sesuai digunakan untuk tujuan:
  • Kepala surat (letterhead)
  • Cenderahati
  • Lain-lain keperluan syarikat

KEPUTUSAN PANEL PENGADIL PERTANDINGAN
1.      Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel pengadil dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
2. Panel pengadil berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk karya yang dihantar dan terpilih sekiranya perlu.
3. Logo yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hak milik INPENS International College.
4.   Pihak kolej tidak akan memulangkan setiap karya yang telah dihantar sebagai penyertaan pertandingan ini.
 
TUNTUKAN HAKCIPTA
1.      Semua hasil ciptaan logo yang diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi “HAK CIPTA” INPENS International College.
 
BORANG PENYERTAAN DAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1.           Borang penyertaan pertandingan boleh diperolehi di kaunter penyambut tetamu di Kolej INPENS atau boleh dimuat turun melalui laman web INPENS International College iaitu www.inpens.edu.my
2.  Borang penyertaan hendaklah dikemukakan secara terus atau pos di alamat seperti tertera di bawah sebelum / pada 1 SEPTEMBER 2017 (JUMAAT) jam 5.00 petang.
  Urusetia Pertandingan
Mencipta Logo Sambutan Jubli Perak INPENS
INPENS International College
Jalan Semarak
Bandar Baru Kuala Selangor
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-3281 2617 / 19
 
HADIAH PERTANDINGAN
1.                Pemenang akan dihubungi melalui telefon. Walau bagaimapun, pihak INPENS International College berhak untuk tidak memilih pemenang dikalangan peserta yang bertanding sekiranya panel pengadil memutuskan tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang.
2.      Sekiranya ada, hanya SATU pemenang yang dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang akan menerima:
  • Wang tunai RM 1,000.00
  • Sijil penyertaan
  • Sebuah plak