MAJLIS KONVOKESYEN

 

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 22 AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN


RAPTAI (REHEARSAL)

1.1 Graduan diwajibkan menghadiri Majlis Raptai/Rehearsal yang akan diadakan pada sehari sebelum majlis berlangsung jam 9.30 pagi di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SUK), Shah Alam

1.2 Kehadiran graduan pada hari raptai/rehearsal adalah wajib untuk menentukan kedudukan tempat dan latihan sebenar yang akan dilakukan pada hari tersebut. Graduan yang tidak menghadiri raptai tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan pada hari Majlis Konvokesyen. Bayaran yuran Konvokesyen yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

1.3 Pastikan rambut dan pakaian graduan adalah mengikut spesifikasi dalam Garis Panduan dan Peraturan Am Pelajar.

1.4 Graduan akan diberi taklimat dan tunjukcara mengenai tatacara ketika menerima ‘folder’ di atas pentas mengikut jabatan masing-masing yang akan diumumkan.

 


PENGAMBILAN  DAN  PEMULANGAN  JUBAH  INPENS

2.1 Tarikh mengambil jubah konvo adalah pada sehari sebelum majlis berlangsung iaitu selepas tamat majlis raptai sahaja.

2.2 Graduan digalakkan untuk menggosok/sterika jubah setelah menerimanya supaya tidak kelihatan berkedut, jika terkoyak graduan perlu membayar kos jubah tersebut.

2.3 Semua jubah hendaklah dipulangkan dalam keadaan elok selepas tamat Majlis Konvokesyen iaitu sebelum jam 1.00 tengahari pada hari yang sama.

2.4 Denda akan dikenakan sebanyak RM10.00 seorang kepada graduan yang lewat memulangkan jubah INPENS, dan caj RM1.00 akan dikenakan pada hari berikutnya.

2.5 Graduan yang ingin mengambil gambar foto kenangan bersama keluarga boleh bergambar selepas mendapat jubah (sebelum hari konvokesyen) atau bergambar di studio INPENS yang disediakan di ruang legar dewan selepas majlis.

2.6 Graduan tidak dibenarkan meminda/mengubahsuai mana-mana bahagian pakaian jubah INPENS yang dipinjamkan. Jika didapati ada, caj bayaran akan dikenakan.


PENDAFTARAN GRADUAN

3.1 Para Graduan yang hadir pada hari penganugerahan dikehendaki mendaftar kepada Jawatankuasa Pendaftaran sebelum majlis bermula (seawal jam 8:00 pagi).

3.2 Kad nama akan diberikan kepada setiap graduan.

3.3 Kad nama hendaklah disimpan dengan baik untuk diberikan kepada pengacara majlis sebelum graduan menerima ‘folder’ masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


PAKAIAN GRADUAN DAN ETIKA DIRI

4.1 Pakaian Graduan Lelaki

4.1.1 Jubah akademik disediakan oleh pihak Kolej untuk dipinjamkan kepada setiap graduan lelaki.

4.1.2 Wajib memakai baju kemeja berwarna putih, bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam.

4.1.3 Wajib memakai kasut bertutup berwarna hitam dan stokin berwarna hitam.

4.1.4 Rambut hendaklah pendek, disikat rapi dan tidak mencecah kolar baju serta telinga.

4.1.5 Graduan yang mewarnakan rambut selain warna hitam tidak dibenarkan masuk.

4.2 Pakaian Graduan Perempuan

4.2.1 Jubah akademik disediakan oleh pihak kolej untuk dipinjamkan kepada setiap graduan wanita.

4.2.2 Wajib memakai baju kurung bagi yang beragama islam dan diwajibkan bertudung.

4.2.3 Graduan yang bukan beragama islam hendaklah memakai pakaian sopan dan tidak menjolok mata serta mengikat rambut dengan kemas.

4.2.4 Memakai kasut bertumit dan bertutup serta tidak melebihi ketinggian dua inci.

4.2.5 Graduan tidak dibenarkan memakai sandal.


YURAN KONVOKESYEN

5.1 Para graduan diwajibkan membayar yuran konvokesyen untuk hadir dan menerima penganugerahan. Yuran konvokesyen adalah sebanyak RM140.00 seorang.

5.2 Pembayaran boleh dibuat melalui :

5.2.1 ATM bank Maybank atau pemindahan melalui maybank2u.com di nombor akaun 562133001506.

5.2.2 Sila hantar/faks slip pembayaran yuran ke nombor (03-32812623) atas nama Jabatan Kewangan (Konvokesyen ke-20). Sila maklumkan nama penuh, no kad pengenalan dan nombor telefon pada slip pembayaran tersebut atau;

5.2.3 Secara tunai di Jabatan Kewangan Kolej INPENS.

5.2.4 Salinan resit bayaran mestilah dibawa semasa hari ‘raptai’ sebagai bukti bayaran telah dijelaskan.

5.2.5 Kepada graduan di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor, anda dikehendaki menyemak status bayaran yuran konvokesyen terlebih dahulu di Jabatan Kewangan Kolej INPENS.


TETAMU (IBU/BAPA/PENJAGA DAN KELUARGA) GRADUAN / TEMPAT LETAK KERETA

6.1 Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan iaitu semasa hari raptai konvokesyen dan dibenarkan untuk membawa dua (2) orang tetamu sahaja pada hari tersebut. Tetamu hendaklah membawa dan menunjukkan kad jemputan kepada petugas penyambut tetamu semasa masuk ke dalam dewan. Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.

6.2 Para graduan diminta memaklumkan kepada ibu/bapa/tetamu supaya mereka berpakaian rasmi/kebangsaan lengkap/kemeja lengan panjang atau pakaian tertib dan bersopan.

6.3 Tetamu iaitu kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

6.4 Tempat letak kereta adalah mengikut arahan yang ditetapkan oleh bahagian keselamatan lalulintas. Tetamu hendaklah memastikan kenderaan yang diletak tidak menghalang laluan kenderaan lain.

 

 


FOTOGRAFI

7.1 Tidak dibenarkan sama sekali mengambil sebarang gambar dalam dewan konvokesyen semasa majlis sedang berlangsung.

7.2 Pengambilan gambar di dalam dewan hanya dibenarkan kepada jurugambar professional yang dilantik oleh pihak INPENS sahaja.

7.3 Gambar akan diambil sebanyak 2 kali iaitu sewaktu graduan sedang menerima sijil dan sebelum turun daripada pentas.

7.4 Selepas majlis penganugerahan konvokesyen tamat, graduan akan bergambar beramai-ramai bersama jurugambar profesional.

7.5 Jika bergambar dengan ahli keluarga di luar kawasan majlis, adalah dibenarkan dan diatur sendiri oleh graduan. Sekiranya memerlukan khidmat jurugambar profesional INPENS yang dilantik, caj bayaran akan dikenakan.


ATURCARA MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN 

9.00 pagi

- Pendaftaran graduan di lobi Dewan Jubli

- Pengesahan dan Bayaran Konvokesyen Perak SUK, Shah Alam 

10.30 pagi

- Taklimat Raptai/Rehearsal Konvokesyen – di dalam Dewan Jubli Perak, Shah Alam. 

- Pengambilan Jubah INPENS – di lobi Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam.

12.00 tghri

- Bersurai