Program Pensijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) telah diperkenalkan semasa Pelan Pengurusan Penghapusan Kloroflokarbon (CFC) Kebangsaan (NCFCP) pada tahun 2004 yang memfokuskan kepada bahan refrigeran CFC (Kloroflorokarbon). Program ini telah dinaik taraf di dalam Pelan Pengurusan Penghapusan Hidrokloroflorokarbon (HPMP) yang memfokuskan pada Sektor Penyejukan dan Penyamanan Udara (RACs). Di bawah pelan ini juga satu Modul Latihan telah dibangunkan bagi menjalankan program pentauliahan CSTP. 

INPENS merupakan antara salah satu Pusat Latihan Bertauliah oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan Kursus Juruteknik Bertauliah Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (RACS - CSTP).