ALUMNI

Alumni INPENS

Graduan yang telah tamat pengajian di INPENS dan telah dianugerahkan sijil masing-masing di Majlis Konvokesyen INPENS merupakan alumni INPENS secara sah. Tiada borang pendaftaran untuk bergelar Alumni INPENS International College (ALIIC), tetapi setiap graduan dimestikan untuk mengisi 'Borang Maklumat Alumni' yang akan diberikan semasa Majlis Konvokesyen.

ALIIC ditubuhkan dengan beberapa objektif iaitu:
- Mengumpulkan maklumat graduan bagi tujuan kemaskini kerjaya, pendapatan dan peyampaian maklumat berkaitan INPENS.
- Membantu ALIIC yang memerlukan dengan membimbing mereka berkaitan tatacara menghadiri temuduga dan penulisan resume yang berkesan.
- Penghebahan peluang kerjaya kepada ALIIC yang sedang mencari pekerjaan.

Selain itu, banyak aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dirangka bagi memperkasakan lagi ALIIC, iaitu:

- Majlis ramah mesra di antara ahli-ahli bagi menjalinkan kembali hubungan keakraban bekas pelajar.
- Program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah pengganguran di kalangan pelajar.
- Kempen dan promosi untuk pengambilan pelajar baru.

Penubuhan ALIIC adalah bersesuaian dengan keperluan semasa setiap alumni dan juga INPENS. Semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kerjasama yang erat dan berpanjangan semestinya akan mengangkat prestij anda sebagai Alumni INPENS International College!

 

Testimoni



 

Pendidikan kemahiran yang saya pelajari di dalam bidang kecantikan di INPENS sangat banyak membantu saya di dalam bidang kerjaya saya sekarang.  Kini saya sedar bidang kemahiran bukan sahaja dapat menjamin pendapatan yang lumayan tetapi banyak peluang keusahawanan dapat diterokai asalkan kita rajin berusaha. Ini juga menjadi titik tolak kepada perniagaan butik perkahwinan dan salun yang saya usahakan sekarang ini. Terima kasih semua tenaga pengajar dan INPENS International college untuk segala ilmu yang dicurahkan.

Nurul Najwa binti Hassan Jamal
Pengasas Wawa White Beauty Saloon
Alor Setar, Kedah
Alumni 2013


 

Bukan senang mahu berjaya dan memulakan kerjaya sebagai usahawan memandangkan saya berasal daripada keluarga yang sederhana. Jika tidak kerana ilmu yang saya perolehi di INPENS, mungkin kejayaan hari ini sukar untuk saya kecapi. Semenjak saya mendalami bidang penyejuk bekuan & penyamanan udara di INPENS, saya merasakan terlalu banyak peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan-graduan bidang ini. Tamat pengajian, saya terus sahaja memulakan kerjaya saya sebagai usahawan dan saya tidak lagi menoleh ke belakang untuk bergelar usahawan berjaya. Kini saya telah mampu mengambil dua orang pekerja bagi melancarkan lagi perniagaan saya yang semakin berkembang. Doakan kejayaan saya dan terima kasih INPENS!

Muhammad Faiezin bin Kostor
Kontraktor Pemasangan & Servis Penyamanan Udara
Pemilik PZN Maju Jaya Enterprise
Tanjong Karang, Selangor
Alumni 2015


 

Saya memang meminati bidang dandanan rambut sejak bangku sekolah lagi. Sejak memasuki INPENS, kecintaan saya kepada bidang ini semakin mendalam. Saya tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menumpukan usaha untuk bergelar pendandan rambut yang profesional. Berkat bimbingan daripada tenaga pengajar di INPENS, kini saya telah pun bekerja di salun ini selama lima tahun. Saya berhasrat untuk membuka salun rambut saya sendiri di sekitar Banting ini satu hari nanti. Saya juga menyeru kepada semua belia di luar sana supaya memilih bidang kemahiran kerana amat mudah mencari pekerjaan dengan sijil kemahiran yang dimiliki asalkan kita gigih berusaha.

Thinesha a/p Subramanian
Pendandan Rambut (Senior)
Supercut Unisex Hair Saloon
Banting, Selangor
Alumni 2013


 

Apabila melihat ramai rakyat Malaysia yang menunggang motosikal, saya telah berfikir untuk menceburi bidang ini selepas tamat sekolah. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk mempelajari bidang kemahiran berkaitan motosikal di INPENS. Saya nekad membuka perniagaan saya sendiri selepas tamat pengajian pada tahun 2011. Saya gembira kerana perniagaan saya semakin hari semakin maju dan saya juga mempunyai ramai pelanggan tetap. Bidang kemahiran memang ternyata dapat menjamin pendapatan yang stabil. Saya gembira kerana telah memilih INPENS sebagai tempat meneruskan pengajian saya, ternyata INPENS pilihan yang tepat.

Yap Heng Loong
Pemilik YS Heng Motor
Sepang, Selangor
Alumni 2011


 

Cita-cita saya adalah untuk bergelar jurusolek profesional. Tamat sahaja SPM, saya terus mendaftar di INPENS di dalam bidang estetik. Saya telah menamatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di dalam bidang estetik untuk Tahap 1, 2 dan 3 di INPENS. Sepanjang di INPENS, banyak ilmu di dalam bidang ini telah saya pelajari dan ia sangat berguna di dalam karier yang saya ceburi sekarang. Saya juga memilih INPENS kerana ia mempunyai sebuah kampus yang lengkap dan luas. Pada masa akan datang, saya berhasrat untuk membuka sebuah syarikat konsultan imej dan kecantikan dalam tempoh beberapa tahun lagi. Jom, Cemerlang Bersama INPENS!

Shirley Teh
Konsultan Kecantikan
Shiseido, Setia City Mall
Setia Alam, Selangor
Alumni 2015


 

Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan pada zaman ini sangat tinggi dan mencabar. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk menyambung pendidikan kemahiran di dalam bidang dandanan rambut di INPENS apabila tamat sekolah. Saya melihat bidang ini sangat berpotensi untuk dikembangkan dan saya tidak perlu bersusah payah mencari pekerjaan. Tamat pengajian di INPENS, saya telah mengambil keputusan untuk membuka kedai gunting rambut saya sendiri. Alhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang dan pelanggan tidak pernah putus mengunjungi kedai saya. Oleh itu, jika anda berminat mempelajari dunia kemahiran, INPENS ada jawapannya!

Muhammad Zulzafrie bin Jais
Pemilik Style Cutz Barber Shop
Kuala Langat, Selangor
Alumni 2016